Ronald Robertson

Ronald Robertson

Creative Director
  • Emailronald@example.com
  • Phone+1 (070) 123–8459
  • Birthday17 March, 1995
  • LocationSan-Francisco, USA

PEPATAH/PERUMPAMAAN DAN BIDALAN. (TEMA: KELUARGA)

1.   
    Dapatkan Buku Latihan SPM untuk semua subjek termasuk Bahasa Melayu termurah disini: https://shp.ee/yirqqfb    

 1AIR DICINCANG TIADA PUTUS
IKATAN PERSAUDARAAN TIDAK AKAN PUTUS ; PERSELISIHAN FAHAM ANTARA ADIK-BERADIK TIDAK AKAN BERPANJANGAN.

2.       ANAK KUNCI, PETI DERHAKA
SUAMI YANG JAHAT AKAN DITENTANG OLEH ISTERINYA JUGA.

3.       AYAM DITAMBAT DISAMBAR HELANG, PADI DITANAM TUMBUH LALANG
ISTERI ATAUPUN TUNANGAN ORANG YANG DILARIKAN OLEH ORANG YANG LEBIH BERKUASA@BANYAK PANGKAT.

4.       AYAM MENETAS TELUR ITIK, ANAKNYA ITU KE AIR JUGA SUKA DITUJUNYA
PERANGAI YANG DIWARISI TIDAK AKAN DAPAT DIUBAH.

5.       BAGAI HARUAN MAKAN ANAK
BAPA YANG MEMPERKOSA ANAK SENDIRI.

6.       BAGAI ULAR DENGAN ORANG
SESEORANG YANG TIDAK INGIN BERDAMAI.

7.       BAGAIMANA ACUAN BEGITULAH KUIHNYA
SESUATU YANG MENGIKUT APA YANG TELAH ADA. ANAK YANG MENGIKUT SEGALA PERANGAI YANG BAIK DAN TIDAK BAIK IBU BAPANYA.

8.       BAGAIMANA CONTOH, BEGITULAH GUBAHNYA
SESUATU YANG MENGIKUT APA YANG TELAH ADA. ANAK YANG MENGIKUT SEGALA PERANGAI YANG BAIK DAN TIDAK BAIK IBU BAPANYA.

9.       BERGANTUNG TIDAK BERTALI, BERSALAI TIDAK BERTAPI
PEREMPUAN SIMPANAN ORANG LAIN/ISTERI YANG DITNGGALKAN OLEH SUAMI TETAPI TIDAK DICERAIKAN.

10.   BERKEMUDI DI HALUAN, BERGILIR DI BURITAN
MENURUT CAKAP ISTERI ATAU ANAK/ MENURUT PERINTAH ORANG BAWAHAN

11.   BOMOH MENCARI ORANG SAKIT
IBU BAPA YANG MENJODOHKAN ANAKNYA UNTUK DIPINANG OLEH ORANG LAIN

12.   BUSUK-BUSUK DAGING, DIKINCAH MAKAN, BUSUK-BUSUK IKAN DIBUANG
WALAU SEJAHAT MANA PUN AHLI KELUARGA KITA, TIDAK SANGGUP UNTUK MENYALAHKAN MEREKA

13.   CARIK-CARIK BULU AYAM AKHIRNYA BERCANTUM JUGA
PERBALAHAN ANTARA AHLI KELUARGA ATAU RAKAN YANG AKHIRNYA BERBAIK-BAIK.

14.   CUBIT PAHA KANAN, PAHA KIRI PUN SAKIT JUGA
APABILA SESEORANG DIANIAYA/MEMBUAT KESALAHAN, AHLI KELUARGANYA JUGA AKAN TERASA.

15.   DITEPUK AIR DI DULANG, TERPERCIK MUKA SENDIRI
MEMBUAT SESUATU YANG MEMALUKAN TERHADAP KELUARGA NAMUN SENDIRI YANG MENDAPAT MALU.

16.   GAJAH SEEKOR, GEMBALA DUA
·         DUA ORANG YANG MENGENDALIKAN SESUATU URUSAN
·         ISTERI YANG MENDUAKAN SUAMI

17.   GANTUNG TAK BERTALI, SALAI TAK BERAPI
ISTERI YANG DITINGGALKAN OLEH SUAMI, TIDAK DIBERI NAFKAH DAN TIDAK DICERAIKAN.

18.   GIGI DENGAN LIDAH ADA MASA TERGIGIT JUGA
SUAMI DAN ISTERI ADA KALANYA BERSELISIH FAHAM JUGA

19.   HIDUP SANDAR-MENYANDAR BAGAI AUR DENGAN TEBING
PERSEFAHAMAN ATAU PERMUAFAKATAN SERTA MEMBERIKAN PERTOLONGAN KEPADA KELUARGA, MASYARAKAT ATAU HUBUNGAN DENGAN RAKAN

20.   HILANG DI MATA, DI HATI JANGAN
WALAUPUN TINGGAL BERJAUHAN DENGAN SAUDARA-MARA ATAU SAHABAT, TETAPI HENDAKLAH SALING MENGENANGKAN MEREKA

21.   IBARAT BUNGA, SEDAP DIPAKAI, LAYU DIBUANG
PEREMPUAN YANG DICINTAI SEMASA MUDA, DICERAIKAN APABILA TUA.

22.   JANGAN BERKEMUDI DI HALUAN
JANGAN TERLALU IKUTKAN NASIHAT ATAU PERINTAH ISTERI

23.   JIKA HENDAK TANAM SAYUR, BUANGLAH RUMPUT
JIKA MASIH KASIH AKAN ANAK DAN ISTERI, BERHENTILAH DARIPADA MENGASIHI ORANG LAIN/BERLAKU CURANG

24.   JIKALAU KASIH AKAN PADI,BUANGKANLAH AKAN RUMPUT
SAMA MAKSUD DENGAN JIKA HENDAK TANAM SAYUR, BUANGLAH RUMPUT

25.   KAIN LAMA DICAMPAK BUANG, KAIN BARU PULA DICARI
MENCERAIKAN ISTERI YANG LAMA SEBAB SUDAH JEMU, CARI ISTERI YANG BAHARU.

26.   KE MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE NASI
PERANGAI DAN TINGKAH LAKU IBU BAPA YANG DIWARISI OLEH ANAK MEREKA

27.   KECIL-KECIL ANAK, BILA BESAR MENJADI ONAK
ANAK-ANAK SEMASA KECIL MENCERIAKAN IBU BAPA, MEMBERIKAN KESUSAHAN SEMASA MENINGKAT DEWASA.

28.   KENA BATANG HIDUNG SENDIRI
PERBUATAN YANG MENGAKIBATKAN KESAN KE ATAS DIRI SENDIRI ATAU KELUARGA

29.   MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA
MELATIH ATAU MENDIDIK ANAK BIARLAH DARIPADA KECIL KERANA APABILA MEREKA SUDAH DEWASA AKAN SUSAH UNTUK DIAJAR.

30.   MELENTUR DAHAN DEK MELAYUT BUAHNYA
KESUSAHAN SESUATU KELUARGA KERANA BERANAK BANYAK

31.   SAYANG EMAK SAYANG SAHAJA, SAYANG BAPA MENAMBAH HARTA, SAYANG SAUDARA SAMA-SAMA ADAIBU MENYAYANGI ANAKNYA SEBAB KASIH SAYANG SEMATA-MATA, BAPA MENYAYANGI ANAKNYA KALAU ANAKNYA TIDAK MELANGGAR PERINTAH ATAU KALAU ANAKNYA TIDAK MENGHABISKAN HARTA, KASIH SAUDARA PULA KALAU BERHARTA.

32.   SAYANGKAN ISTERI TINGGAL-TINGGALKAN, SAYANGKAN ANAK TANGAN-TANGANKAN.
·         ANAK DAN ISTERI JANGAN TERLALU DISAYANGKAN SEHINGGA TIDAK DAPAT DIKAWAL.
·         ANAK DIPUKUL BERTUJUAN UNTUK MENGAJAR, ISTERI PULA DITINGGALKAN BERTUJUAN UNTUK MENCARI NAFKAH HIDUP.

33.   TAK SAMA GETAH DAUN DENGAN GETAH BATANG
KASIH SAYANG TERHADAP ANAK ISTERI TIDAK SAMA SEPERTI KASIH SAYANG TERHADAP SAUDARA LAIN WALAUPUN SEMUANYA BERADA DALAM JAGAAN KITA.

34.   TIMUR BERALIH KE SEBELAH BARAT
LELAKI YANG MENURUT KEHENDAK ISTERI.

35.   UPAH BIDAN PUN TIADA BERBAYAR
ANAK-ANAK YANG NAKAL YANG MENYUSAHKAN IBU BAPA.

Comments

Recent

Responsive Advertisement

Label

Search This Blog

Categories

Travel (4)

{about}

{about}
Dr. Aaronn Avit Ajeng is currently a doctoral researcher in biochemistry and molecular biology at the Institute of Biological Sciences, Universiti Malaya. He is also the Editor of The Frustrated Biologist (thefrustratedbiologist.com) since 2023.

Projects

3/Business/post-list

Popular

Subscribe Us

Comments

Welcome To SoraBook

You can use this area to describe the Books and your blog. . This responsive template is ideal for posting many types of digital products such as e-books, audio CDs, DVDs, paintings, photographs or any form of digital art or products.

Dark Template