Dapatkan Buku Latihan SPM untuk semua subjek termasuk Bahasa Melayu termurah disini: https://shp.ee/yirqqfb
Penulis: RIDA SPICA JAPARIN (5 ALAMANDA, SMK MERBAU)
Belakangan ini, kes keganasan rumah tangga semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat di negara kita. Peningkatan kes berkenaan seperti duri dalam daging yang boleh mengancam keharmonian institusi kekeluargaan di negara ini, sikap mejoriti suami dan bapa yang merupakan ketua keluarga dalam sesebuah keluarga yang memukul isteri dan anak-anak serta mendera mereka untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang bukan kemampuan mereka merupakan fenomena yang amat menyedihkan. Oleh hal yang demikian, semua pihak terutamanya suami dan isteri perlulah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah ini. Jika perkara ini tidak dilakukan pastinya semakin ramailah isteri yang akan menjadi mangsa keganasan lelaki yang dayus itu.
Ada yang kubekalkan, kubekalkan untukmu
Cinta oh cinta, yang tulus dan abadi..
Lirik yang dipetik daripada lagu Allahyarham Sudirman memberi banyak makna tentang cinta dan kasih sayang dalam alam perkahwinan. Konsep kasih sayang “give and take” boleh diamalkan bersama pasangan adalah sumber faktor mencapai kualiti kebahagiaan rumah tangga. Suami atau isteri perlu berusaha mencari keindahan alam berumahtangga di sebalik ketidaksempurnaan atau kekurangan pasangan masing-masing. Sebagai contoh yang boleh dikongsi ialah orang miskin yang tiada harta tetapi kaya dengan kasih sayang kerana mereka sentiasa berkongsi kasih sayang antara ahli keluarga walaupun hidup dalam kesusahan. Dalam konteks ini jelas bahawa, perkongsian kasih sayang antara suami isteri mampu melahirkan perasaan cinta yang erat dalam rumah tangga. Justeru, suami dan isteri haruslah sentiasa menbajai dan menyirami hubungan mereka dengan kasih sayang agar terus berkekalan bukannya seperti embun di hujung rumput.
Selain itu, penerapan nilai murni amatlah penting bagi mengekalkan kebahagian perhubungan di dalam rumah tangga. Oleh yang demikian, kebahagian dalaman boleh dibentuk melalui sikap tolong-menolong, bekerjasama dan saling hormat-menghormati sesama insan yang lain. Jika anda, suami atau isteri diberikan payung kecil atau besar, apakah pilihan anda? Secara analoginya , dapat dikongsikan sekiranya kita memilih payung kecil, kita boleh berkongsi payung dengan pasangan kita. Pada ketika inilah, kasih sayang pasangannya akan lebih erat seperti saat-saat bercinta sebaliknya jika kita memilih payung yang besar ini jelas bermaksud kita hanya akan mementingkan diri kita sendiri tidak mahu bermanja dengan pasangan kita. Keadaan ini boleh menjarakkan kasih sayang di dalam hubungan suami isteri dan kekeluargaan. Pendek kata, kedua-dua pihak, suami atau isteri haruslah memiliki dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam menjamin kebahagian rumah tangga.
Bukan itu sahaja, sebelum membina rumah tangga suami isteri perlu merancang dan membuat persediaan khususnya dari aspek minda dan kerohanian. Pasangan yang sudah berkahwin perlu bersedia sebagai suami isteri kerana kematangan adalah satu keperluan. Sehubungan dengan itu, suami mahupun isteri haruslah banyakkan membaca dan berkongsi pengalaman dengan mereka yang telah dahulu makan asam garam dalam kehidupan rumah tangga khususnya petua dan cara mereka mengatasi masalah. Tidak dinafikan bahawa kursus perkahwinan yang diikuti sebelum perkahwinan belum cukup menjadi bekalan ilmu untuk diamalkan, begitu juga dengan kemahiran berkomunikasi dan menguruskan sumber iaitu masa, wang dan rumah tangga. Justeru, pasangan haruslah sentiasa menimba ilmu sama ada melalui pembacaan atau pengalaman orang lain, malah dunia teknologi dan media massa yang memaparkan pelbagai rancangan mengenai ilmu rumah tangga seperti Kalau Dah Jodoh yang dihoskan oleh Ustaz Kazim Elias. Sesungguhnya, kita haruslah sedar bahawa tiada batas masa atau umur untuk menambahkan ilmu sebaliknya dengan ilmu, kita mampu mencorak dan menghiasi bahtera rumah tangga dengan penuh keserian dan keharmonian.
Dapatkan Buku Latihan SPM untuk semua subjek termasuk Bahasa Melayu termurah disini: https://shp.ee/yirqqfb
Oleh yang demikian, suami dan isteri yang menghadapi bibit-bibit keretakan rumah tangga perlulah menanganinya dengan sebaik yang mungkin jika ingin mengekalkan kebahgiaan rumah tangga mereka. Memetik lirik lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee “sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri” jelas menggambarkan bahawa akan wujud pertelingkahan atau perselisihan faham dalam hidup berumah tangga tetapi kita haruslahlah bijak menanganinya seperti kata kata pepatah “ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berserak”. Tegasnya, suami atau isteri haruslah seia sekata, sehati sejiwa dalam usaha memastikan kebahagian bahtera rumah tangga bukannya menuding jari kepada sebelah pihak sahaja kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
Post a Comment