Dapatkan Buku Latihan SPM untuk semua subjek termasuk Bahasa Melayu termurah disini: https://shp.ee/yirqqfb
Mutakhir ini, kita sering melihat pekerja yang bekerja di pasar raya khususnya pelajar sekolah. Kebanyakan pelajar masa kini lebih tertarik untuk bekerja secara sambilan di luar waktu sekolah berbanding mengulang kaji pelajaran di rumah. Hal ini demikian, mungkin disebabkan oleh faktor kemiskinan yang dihadapi oleh pelajar tersebut, sekaligus memaksa mereka untuk berbuat demikian atau sekadar ingin mencari wang poket tambahan. Tempat-tempat seperti pasar raya, pusat beli-belah dan kedai buku merupakan tempat pilihan pelajar untuk belajar selepas tamatnya sesi persekolahan. Persoalannya, apakah kebaikan dan keburukan yang bakal diperolehi oleh pelajar jika mereka belajar sambal bekerja?
Pelajar yang belajar sambil bekerja akan dapat manfaat seperti dapat membantu meringankan beban keluarga. Pelajar yang bekerja ini dapat membantu ibu bapa mereka dari segi kewangan, lebih-lebih lagi jika ibu bapa mereka mempunyai tanggungan yang banyak. Hal ini kerana terdapat sesetengah keluarga yang menghadapi masalah kewangan sehingga terpaksa berhutang dengan orang lain untuk menampung segala perbelanjaan termasuk persekolahan anak-anak. Sebagai contoh, gaji yang diperolehi melalui pekerjaan ini dapat digunakan untuk membeli barang keperluan sekolah. Selebihnya mungkin dapat diberikan kepada ibu bapa untuk disimpan untuk kegunaan masa hadapan. Oleh hal yang demikian, masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga dapat dibendung jika pelajar mengambil inisiatif untuk bekerja secara sambilan.
Bukan itu sahaja, pelajar yang bekerja sambil bekerja akan dapat membentuk sikap berdikari dala diri merek. Hal ini disebabkan oleh pelajar yang bekerja sambal belajar ini akan dapat merasai pengalaman bekerja dan berusaha mencari wang hasil titik peluh mereka sendiri. Dengan ini, sikap berdikari yang timbul dalam diri pelajar itu akan menjadikan mereka sentiasa berusaha mendapatkan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Misalnyajka pelajar itu ingin mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan, mereka akan bekerja untuk mendapatkannya tanpa menggunakan duit ibu bapa. Maka, sikap berdikari akan dapat dipupuk dalam diri pelajar yang mengambil inisiatif untuk bekerja.
Selain daripada itu, disiplin diri juga akan dapat dibentuk. Pelajar yang berkerja ini akan dapat mendisiplinkan diri mereka. Hal ini demikian kerana pelajar tersebut berusaha mengejar masa antara masa bekerja dan masa untuk belajar. Rutin harian seperti ini secara tidak langsung akan dapat mendisiplin mereka. Sebagai contoh, jika dahulunya masa lapang pelajar itu digunakan untuk melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti lepak atau menonton televisyen, tetapi kini masa lapang tersebut boleh digantikan dengan bekerja selain daripada belajar. Perkara ini seterusnya akan membuat pelajar itu sedar bahawa “masa itu emas”. Oleh yang demikian, terbuktilah bahawa belajar sambal bekerja itu dapat membentuk disiplin diri pelajar.
Dapatkan Buku Latihan SPM untuk semua subjek termasuk Bahasa Melayu termurah disini: https://shp.ee/yirqqfb
Sementara itu, keburukan belajar sambil bekerja pula ialah pelajar tersebut akan hilang tumpuan ketika berada di dalam kelas.. hal ini kerana mereka telah gunakan separuh masa mereka dengan bekerja dan kebanyakan daripada mereka akan letih kerana balik pada lewat malam. Bukan itu sahaja, masalah ditempat kerja juga akan menganggu emosi dan perasaan pelajar tersebut sehingga menyebabkan pelajar itu tertekan dan tidak mampu untuk belajar. Hal ini sememangnya akan menyebabkan mereka gagal dalam pelajaran. Tidak ada gunanya bermandi keringat di luar waktu kelas tetapi pelajaran diabaikan. Jelaslah bahawa belajar sambal bekerja mungkin akan menjurus kepada kemerosotan dalam pelajaran.
Belajar sambil bekerja juga akan menyebab pelajar sentiasa berada dalam keadaan letih. Mereka akan kepenatan setelah bekerja pada waktu selepas sesi persekolahan, lebih-lebih lagi bagi pelajar yang bekerja sehingga larut malam. Pelajar yang bekerja di pasar raya atau pusat membeli belah kebiasaan akan habis bekerja pada sebelah malam. Segala tugasan yang telah diberi oleh guru mereka akan diabaikan kerana terlalu penat dan tidak larat untuk menyiapkannya. Bukan itu sahaja, mereka juga akan rasa mengantuk dan lesu ketika sesi pembelajaran dijalankan pada keesokan harinya. Hal ini jelas membuktikan bahawa kerja sambil bekerja hanya akan memenatkan pelajar.
Kesimpulannya, belajar sambil bekerja ini bukan sahaja mendatangkan kebaikan kepada pelajar malah mengundang keburukan juga. Pelajar yang ingin mengambil inisiatif untuk bekerja haruslah berfikir semasak-masaknya kerana pepatah Melalyu ada mengatakan “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Pelajar hendaklah sentiasa ingin bahawa komitmen mereka sebagai pelajar ialah belajar bersungguh-sungguh. Belajar sambil bekerja adalah digalakkan tetapi biarlah mengikut kemampuan diri pelajar itu sendiri. Janganlah pula sampai dikatakan seperti “ pipit hendak menjadi enggang”jika perkara itu berada di luar kemampuan pelajar. Pelajar mestilah sedar bahawa ilmu itu penting bagi menjamin masa hadapan yang cerah.
contohh karangan gaji yang sedikit anda gemari manakal gaji yang banyak anda tidak disukai
ReplyDeletecontohh karangan gaji yang sedikit anda gemari manakal gaji yang banyak anda tidak disukai
ReplyDelete............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
ReplyDelete