Ronald Robertson

Ronald Robertson

Creative Director
  • Emailronald@example.com
  • Phone+1 (070) 123–8459
  • Birthday17 March, 1995
  • LocationSan-Francisco, USA

Contoh Karangan SPM: Keburukan Membaca Bahan Bacaan Picisan

Dapatkan Buku Latihan SPM untuk semua subjek termasuk Bahasa Melayu termurah disini: https://shp.ee/yirqqfb

Penulis: CHEE FEI SAN ( 5 ALAMANDA, SMK MERBAU)

    Pushkin pernah mengatakan bahawa “buku merupakan makanan rohani kita”. Ungkapan ini jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya amalan membaca dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan pelajar. Pada masa kini, terdapat pelbagai bahan bacaan yang boleh diperolehi dengan begitu mudah sama ada daripada kedai buku, perpustakaan ataupun sumber internet. Antaranya termasuklah novel, buku rujukan, majalah hiburan, komik dan lain-lain. Dalam menghadapi pelbagai pilihan bacaan yang merambangkan mata, bahan bacaan picisan yang mampu menghiburkan hati pembaca ghalibnyamenjadi pilihan orang ramai. Dalam hal ini, kita sebagai pembaca yang cerdik “janganlah menilai sesebuah buku itu berdasarkan muka surat depannya” sedangkan isi kandungannya tidak diketahui. Hal ini sama juga dengan bahan bacaan picisan yang sebenarnya membawa pelbagai keburukan kepada pembacanya. Persoalannya, apakah kesan negatif yang diundang melalui pembacaan bahan picisan ini?

    Antara keburukan membaca bahan picisan ini ialah bahan bacaan tersebut mampu merosakkan minda pembaca. Perkara ini demikian kerana pelbagai unsur negatif yang terkandung dalam bahan bacaan picisan akan mempengaruhi minda pembaca. Sebagai contoh, unsur ganas atau lucah, hal ini lebih serius apabila pembacanya terdiri daripada golongan remaja yang usia setahun jagung darah setampuk pinangyang masih tidak matang pemikirannya. Apabila mereka banyak terdedah dengan unsur-unsur sebegini, cara pemikiran mereka akan berubah. Namun perubahan ini tidak mendatangkan sebarang kebaikan. Mereka akan berpandangan negatif terhadap perkara yang berlaku di sekeliling mereka dan mengambil tindakan tanpa berfikir dengan teliti terlebih dahulu. Perbuatan ini mungkin akan menyebabkan mereka menyesal seumur hidup seperti kata peribahasa Cina “Menyimpang seinci, rugi sebatu” . justeru, mereka tidak sewajarnya membiarkan “nafsu-nafsi beraja di mata, bersultan di hati” masing-masing untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

    Selain itu, pembacaan bahan bacaan picisan yang keterlaluan akan menyumbang kepada kemerosotan akademik remaja yang rata-ratanya masih bergelar pelajar. Hal ini ghalibnya disebabkan oleh sikap pelajar yang tidak tahu membahagikan masa untuk mengulang kaji pelajaran dan membaca bahan hiburan. Mereka tidak seharusnya terlalu taasub membaca bahan bacaan picisan yang tidak membantu apa-apa pun dalam peningkatan prestasi akademik mereka. Sebaliknya, mereka perlu giat mencari jalan untuk memajukan diri sendiri. Pembacaan bahan picisan sebegini seharusnya dilakukan sekadar mengisi masa lapang atau menghiburkan hati untuk mengelakkan stress. Hal ini demikian supaya pelajar tidak akan menjadi seperti kepala kosong yang mengalami ketandusan ilmu pada kemudian hari. Bahan bacaan yang lebih sesuai untuk mereka ialah buku-buku ilmiah yang mengandungi ilmu pengetahuan yang didahagakan oleh para pelajar. Memandangkan ilmu pengetahuan mampu mengubah nasib seseorang, maka mereka perlulah rajin mengejar ilmu pengetahuan dan bukannya keseronokkan jangka pendek melalui bahan bacaan picisan.

    Bukan itu sahaj, masa yang berharga akan disia-siakan begitu sahaj melalui pembacaan bahan bacaan picisan yang tidak berkualiti. Misalnya, pembaca akan menghabiskan masa lapangnya untuk membaca bahan picisan di rumah atau kedai buku. Apabila mereka mula membaca, perkara-perkara lain yang berlaku di sekeliling seolah-olah tidak berkaitan dengan mereka. Mereka seperti berada di dunia khayalan yang direka oleh penulis bahan picisan tersebut. Mereka akan mengimpikan diri sendiri sebagai hero atau heroin yang menjadi watak utama penghias cerita dalam bahan picisan yang dibaca. Namun begitu, hanya dunia realiti yang sebenarnya kita berada dan harus kita berada. Kita tidak wajar sentiasa berangan-angan seperti budak kecil tentang perkara yang mustahil sebaliknya kita haruslah berpijak di bumi yang nyata.  Hal ini demikian kerana perbuatan ini tidak mendatangkan apa-apa faedah. Lagipun, masa kita yang seumpama emas akan dibazirkan. Justeru, masa lapang kita seharusnya dihabiskan dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti bersukan dan beriadah.


    Sebagai penutup bicara, bahan bacaan picisan sememangnya banyak mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada pembacanya sama ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh yang demikian, sebagai pembaca yang berilmu, kita patut bijak memilih bahan bacaan yang sesuai dengan diri kita. Tamsilnya, bahan bacaan yang sesuai dengan pelajar ialah bahan bacaan hiburan yang berunsur pendidikan seperti buku ilmiah, jurnal dan buku rujukan. Walau bagaimanapun, bahan bacaan hiburan yang berunsur positif juga sesuai bagi para pembaca dari pelbagai lapisan. Dengan kata lain, pelbagai pihak haruslah berganding bahu “seperti aur dengan tebing” untuk mengelakkan impak bahan bacaan picisan daripada memudaratkan masyarakat masa kini khususnya generasi muda. Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam usaha memupuk amalan membaca bahan-bahan yang berilmiah dan berilmu dalam diri anak-anak mereka. Justerru. Diharapkan golongan remaja yang menjadi tonggak negara dapat menyerap sebanyak mungkin kebaikan daripada bahan bacaan yang sesuai untuk menjamin minda yang lebih kompetitif dan sihat.

Comments

Recent

Responsive Advertisement

Label

Search This Blog

Categories

Travel (4)

{about}

{about}
Dr. Aaronn Avit Ajeng is currently a doctoral researcher in biochemistry and molecular biology at the Institute of Biological Sciences, Universiti Malaya. He is also the Editor of The Frustrated Biologist (thefrustratedbiologist.com) since 2023.

Projects

3/Business/post-list

Popular

Subscribe Us

Comments

Welcome To SoraBook

You can use this area to describe the Books and your blog. . This responsive template is ideal for posting many types of digital products such as e-books, audio CDs, DVDs, paintings, photographs or any form of digital art or products.

Dark Template