Ronald Robertson

Ronald Robertson

Creative Director
  • Emailronald@example.com
  • Phone+1 (070) 123–8459
  • Birthday17 March, 1995
  • LocationSan-Francisco, USA

Contoh Karangan SPM: Peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak

Dapatkan Buku Latihan SPM untuk semua subjek termasuk Bahasa Melayu termurah disini: https://shp.ee/yirqqfb       

 Dewasa Ini, dalam era globalisasi yang kian mencabar, gejala sosia semakin berleluasa dan merunsingkan. Acap kali. Kita melihat kes-kes gejala sosial terpampang di dada akhbar mala disiarkan di kaca televisyen. Perkara ini, tidak keterlaluan jika dikatakan menjadi lebih parah apabila kebanyakan pelaku gejala sosial tersebut terdiri daripada golongan remaja. Memetik kata-kata Profesor Dr. Tun Abdullah Hassa, seorang profesor yang melakukan kajian Peradaban Manusia, beliau sangat kecewa apabila setiap pagi melihat ramai anak muda ditangkap secara kasar oleh pihak polis kerana dituduh melakukan gejala sosial dalam berita semasa. Menyedari hakikat kata-kta itulah pihak kerajaan telah bertungkus-lumus mencari jalan penyelesaian untuk merungkai permasalahan gejala sosial ini. Sungguh malang apabila segala usaha kerajaan terkubur dan hampa “seperti membunag garam ke laut” kerana gejala sosial langsung tidak berganjak dari zon selesanya. Namun persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak mereka dalam usaha mengelakkan mereka daripada gejala sosial?

           Sememangnya terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membentuk sahsiah anak-anak mereka. Antaranya, ibu bapa perlulah memantapkan fizikal atau jasmani serta tubuh anak-anak mereka. Jasman merupakan satu elemen yang prima bagi membentuk sahsiah anak-anak. Hal ini kerana anak –anak akan dapat membina keyakinan diri dalam menjaga tubuh badan mereka sendiri. Apakah pula peranan ibu bapa untuk memastikan kesihatan fizikal anak-anak mereka dalam usaha membentuk sahsiah mereka yang sempurna? Terdapat pelbagai aktiviti jasmani yang boleh dilakukan anak-anak mereka bersama-sama ibu bapa mereka. Sebagai contoh, ibu bapa perlulaj membawa anak-anak mereka untuk bersenam dan bersukan bersama-sama. Sebaik-baiknya, bawalah anak-anak keluar tiga kali seminggu hanya untuk beriadah kerana bak kata pepatah “badan cergas minda cerdas”. Selain itu, ibu bapa perlulah menghantar anak-anak mereka untuk menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah seperti kelab dan persatuan serta unit beruniform. Hal-hal sebegini membolehkan mereka untuk menjauhi diri daripada terjebak dalam gejala sosial.

         Selain itu, ibu bapa berperanan penting dalam mengawal dan memberi perhatian terhadap emosi anak-anak mereka. Secara amnya, emosi manusia kian berubah mengikut perkembangan diri masing –masing. Perubahan emosi anak-anak sentiasa berubah terutamanya apabila mereka sudah mencapai usia keremajaan. Perubahan emosi juga jelas ditunjukkan oleh emaja perempuan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa perlu memahami emosi anak-anak mereka sekiranya mereka mengalami perubahan emosi. Hal ini menyebabkan anak-anak akan biasa kerana “alah bisa tegal biasa” untuk meluahkan isi hati mereka kepada ibu bapa mereka. Selain itu, ibu bapa perlulah memahami emosi anak-anak mereka. Sekiranya ibu bapa tidak memahami mengapa mereka berubah emosi maka anak-anak mereka akan mudah tersinggung dan kecewa terhadap ibu bapa mereka. Tambahan pula, ibu bapa perlulah meminta nasihat daripada pakar supaya mengetahui cara mengenali emosi anak-anak mereka. Akhirnya, anak-anak mereka tidak akan melepaskan emosi dengan melibatkan diri dengan gejala sosial kerana mempunyai ibu bapa yang memahami emosi mereka.

         Seterusnya, ibu bapa juga berperanan untuk menyediakan sumber rohani yang kuat kepada anak-anak. Hal ini sedemikian kerana faktor terbesar yang menyebabkan berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja ialah kurangnya atau rapuhnya rohani tersebut. Hal ini membuktikan rohani merupakan aspek yang tidak kurang pentingnya dalam usaha membentuk sahsiah anak-anak sekaligus mengelakkan mereka daripada melakukan aktiviti gejala sosial. Agama pula meruapakan pilihan individu tetapi semua agama menginginkan yang terbaik daripada penganutnya. Oleh itu, apakah peranan ibu bapa dalam menyediakan sumber rohani  yang kukuh dan kental kepada anak-anak mereka? Sebagai permulaan, ibu bapa perlulah menguatkan iman anak-anak mereka, hal ini kerana iman yang kuat menjadi bekalan kepada anak-anak mereka untuk menghindari diri daripada gejala sosial. Selain itu, ibu bapa perlulah kerap membawa anak-anak mereka ke tempat ibadat. Hal ini membolehkan anak-anak untuk sentiasa dekat dengan agamanya. Sememangnya peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak adalah untuk menyediakan sumber rohani yang kukuh kepada anak-anak mereka sekaligus menjauhkan mereka daripada gejala sosial.

Dapatkan Buku Latihan SPM untuk semua subjek termasuk Bahasa Melayu termurah disini: https://shp.ee/yirqqfb       

          Pada masa yang sama, ibu bapa juga memainkan peranan yang amat penting untuk memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak mereka dalam usaha membentuk sahsiah bahkan juga menghindari mereka daripada gejala sosial. Ilmu pengetahuan amat penting kepada anak-anak mereka melalui ilmu, anak-anak akan dapat membezakan perkara yang baik dan buruk dalam kehidupan. Oleh itu, ibu bapa perlulah memberikan secukupnya ilmu pengetahuan yang sedia ada dalam membentuk sahsiah anak-anak. Cara yang paling mudah adalah dengan menghantar anak-anak ke sekolah. Hal ini amat wajib kepada ibu bapa agar anak-anak mereka dicurahkan ilmu yang berguna kepada mereka satu hari nanti. Selain itu, ibu bapa perlu mengikuti perkembangan akademik anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa haruslah sentiasa berhubung dengan guru-guru di sekolah untuk pengetahuan lanjut. Cara yang lain boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah dengan membawa mereka ke pameran buku. Melalui pendekatan ini, anak-anak mampu belajar dengan kondusif bersama-sama ibu bapa mereka. Semestinya, ibu bapa berperanan menyediakan sumber intelek kepada anak-anak mereka dalam membentuk sahsiah anak-anak mereka.

          Selain itu, ibu bapa perlulaj memainkan peranan dengan memantapkan kemahiran sosial anak-anak mereka. Kemahiran sosial dalam konteks ini sangat diperlukan dalam membentuk sahsiah anak-anak. Hal ini sedemikian kerana melalui kemahiran sosial, anak-anak dapat mengetahui betapa buruknya kesan melakukan gejala sosial melalui pemerhatian dan peninjauan. Oleh itu, apakah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa dalam usaha memantapkan kemahiran sosial anak-anak mereka? Kaedah yang paling asas adalah dengan mengajar anak-anak mereka nilai-nilai murni. Sebagai contoh, nilai hormat-menghormati dan kerajinan. Melalui nilai-nilai ini, sahsiah anak –anak akan dapat dibentuk dengan sempurna. Selain itu, anak-anak juga akan dapat membuat refleksi diri sendiri dan membentuk peribadi yang lebih baik. Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni sejak kecil kerana “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Tambahan pula, ibu bapa haruslah mengajar anak-anak mereka mengenai pantang larang seperti membongkok apabila melalui orang yang lebih tua. Hal-hal ini mengajar anak-anak muda untuk beradab sopan lantas menjadikan mereka sebagai remaja yang berbudi pekerti tinggi.

            Konklusinya, Malaysia yang merupakan negara yang indah di mata duia serta mempunyai masyarakat yang berbilang kaum akan kelihatan buruk sekiranya gejala sosial dalam kalangan masyarakat masih belum dibendung, bak kata pepatah Melayu “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Oleh itu, peranan semua pihak harus dimainkan terutamanya peranan ibu bapa kerana merekalah yang mencorak keperibadian golongan muda kotemporari ini kerana “ bagaimana acuan begitulah kuihnya”. Anak-anak diibaratkan kain putih yang perlu dicorakkan dengan sempurna agar kelihatan cantik dan elok dipandang mata. Kita janganlah menuding jari dan bersikpa pasif dalam hal ini kerana semua pihak turut serta dalam membentuk sahsiah anak-anak muda. Mahukah kita melihat dunia ini sarat dengan kemusnahan dan kegelapan akibat ketidakprihatinan kita? Semestinya “tidak” jawapan kita. Maka, bersama-sama lah kita berganding bahu menyahut cabaran dengan mengemblengkan tenaga membentuk sahsiah anak-anak muda agar mereka membawa kegemilangan negara di mata dunia satu hari nanti.

1067 Patah Perkataan

Arnold Thomas, 5 Alamanda 2012

SMK Merbau, Miri


ehsan google je.

Comments

Recent

Responsive Advertisement

Label

Search This Blog

Categories

Travel (4)

{about}

{about}
Dr. Aaronn Avit Ajeng is currently a doctoral researcher in biochemistry and molecular biology at the Institute of Biological Sciences, Universiti Malaya. He is also the Editor of The Frustrated Biologist (thefrustratedbiologist.com) since 2023.

Projects

3/Business/post-list

Popular

Subscribe Us

Comments

Welcome To SoraBook

You can use this area to describe the Books and your blog. . This responsive template is ideal for posting many types of digital products such as e-books, audio CDs, DVDs, paintings, photographs or any form of digital art or products.

Dark Template