Dalam entri ini, saya juga akan menerangkan bagaimana hendak memohon biasiswa daripada Yayasan Sime Darby ini.
Pada sekitar bulan Februari 2016 yang lepas, setelah saya berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Bioteknologi, di situ mulanya mengambil inisiatif untuk mencari dana atau tajaan untuk menanggung segala perbelanjaan sepanjang pengajian. Rasa bersalah apabila mak ayah yang terpaksa berkorban dalam membayar segala keperluan ketika belajar. Laman web yang selalu saya gunakan untuk menyemak biasiswa adalah afterschool.my/scholarship. Namun demikian, terdapat beberapa biasiswa/bursari yang tidak dipaparkan di dalam laman web tersebut, kadang-kadang lambat dipaparkan.
Jadi saya mulakan inisiatif dengan mencari sendiri biasiswa-biasiswa yang tidak terdapat di laman web tersebut. Salah satu yang saya telah jumpa adalah Biasiwa Bursari Yayasan Sime Darby. Setelah beberapa hari menghantar permohonan Yayasan Sime Darby, barulah iklan biasiswa ini dipaparkan ke dalam Afterschool.my. Sebab itu, saya sarankan untuk sentiasa semak dahulu dengan laman web rasmi penaja biasiswa sebab ada biasiwa yang kita mungkin tidak pernah perasan.
Segala permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby dilakukan secara online di laman web rasmi. Semua pemohon dikehendaki untuk menyemak syarat-syarat terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan. Jika tidak menepati syarat, pemohon tidak dibenarkan untuk memohon. Hanya pemohon yang menepati syarat akan diberikan external link oleh pihak penaja dalam email yang dihantar.
Dalam permohonan online tersebut,
Sekitar sebulan setelah menghantar permohonan online, saya menerima email jemputan untuk temuduga di Kuching, Sarawak. Alangkah gembira apabila email tersebut, hampir tidak percaya sebab ramai lagi yang memohon kan.
Sebenarnya dalam email ini ada typo (or copy and paste something hehe) . Bukan diploma studies, tetapi Bachelor Degree studies. Saya sudah confirmkan dengan pihak yang menghantar email tersebut.
Sehari sebelum flight ke Kuching, dengan kelam kabutnya saya menyusun segala dokumen yang perlu dibawa ke tempat temuduga. Oleh sebab saya lambat membuka email ini dalam 11 Mei ( 2 hari sebelum tarikh temuduga ) , terpaksa beli tiket last minute. Nasib ada tiket murah ke Kuching. Kebetulan temuduga tersebut diadakan di UNIMAS sebab kebanyakan rakan sedang belajar di sana. Rasa bersyukur sebab sepanjang berada di Kuching, saya menetap bersama kawan rapat yang sedang belajar Perubatan di UNIMAS (save cost, tak payah menetap hotel dan bayar transpot ke UNIMAS) hehe. Hello Dr Jaironi !
Semasa temuduga tersebut, terdapat hanya 8 orang yang hadir termasuk saya. Entahlah jika ada yang telah menghabiskan temuduga tersebut awal. Dan saya adalah yang terakhir dipanggil ke dalam bilik temuduga(tunggu dari pagi sampai tengahari!). Tapi disebabkan hari tersebut adalah Jumaat, salah seorang panel temuduga adalah Muslim, so dia kena habiskan sesi interview terakhir dengan cepat sebab dia kena pergi solat Jumaat (Nasib baik sangat hehe).
Sebelum masuk ke bilik temuduga, saya sempat menemuduga dua orang pelajar lepasan STPM (hehe) tapi mereka masih belum melanjutkan pelajaran ke universiti. Sambil tu sempat promote Universiti Malaya dengan mereka. Bukan apa, cuba untuk berkomunikasi supaya tidak terlalu nervous dan gugup ketika ditanya di bilik temuduga dan tips ini sememangnya berhasil.
Temuduga saya berjalan dengan lancar, dan of course temuduga adalah dalam bahasa Inggeris, namun kadang-kadang panel tersebut akan tanya dalam Bahasa Melayu, nasihat saya adalah try jawab dalam Bahasa Inggeris. Sehinggakan pihak panel tanya kenapa saya boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Saya hanya menjawab dengan sentiasa berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Bukan bermaksud kita hebat dalam berbahasa orang putih, tetapi ia menunjukkan kita yakin dengan kebolehan kita dalam menguasai bahasa utama dunia itu.
Apa yang pihak panel tanya semasa temuduga? BANYAK!
Sejujurnya, saya terlupa memberi salam kepada pihak panel sebab terlalu nervous (aku selalu nervous tak tentu pasal). Pihak panel yang mengingatkan bahawa memberi salam adalah perkara yang penting dalam setiap temuduga, terus saya meminta maaf. I was so nervous for no reason.
Setelah itu, pihak panel mengambil masa membelek dokumen-dokumen yang saya telah kepilkan dan mula menanyakan soalan.
Pihak panel mulakan dengan "Briefly introduce yourself. " Part ini memang asas dalam setiap temuduga. So kena sediakan ayat-ayat yang menarik dan tidak membosankan. Nasihat saya adalah, ringkaskan sebaik mungkin (Nama pun BRIEFLY!) Apa yang patut korang cakap dalam part ni? Itu terserah kepada kreativiti masing-masing tetapi pastikan perkara asas seperti nama, asal mana, umur, sekarang belajar mana mesti ada dan selitkan maklumat-maklumat yang boleh menarik perhatian mereka seperti korang menang Oscar Award tahun lepas ke dan macam-macam lagi or something related dengan kursus pengajian korang. Jangan lah masukkan maklumat seperti " aku menang pertandingan memanjat pokok kelapa peringkat kampung tahun lepas". Hmmmm. Agak-agaknya mereka berminat tak untuk menawarkan korang biasiswa ni? Find something interesting in yourself, oleh sebab itu, preparation awal memang sangat penting.
(yang mengenai menang Oscar Award tu, jangan la ambil serious sangat. Mustahil awak akan menang award tu, awak bukan pelakon. Sekian hehe)
Pertanyaan seterusnya adalah mengapa saya memohon biasiswa ini. Sejujurnya, saya hilang akal sebentar dalam memikirkan jawapan. Nak cakap family miskin tahap melarat, tak juga. Kaya tahap dewa, of course NOT. So, saya just cakap bahawa saya berasal daripad middle-income family. Mereka juga akan menanya mengenai pekerjaan ayah dan ibu, syarikat apa, gaji sebulan dan yang berkaitan. Bukan bermaksud mereka jaga tepi kain kita, tetapi itu hak mereka sebagai panel temuduga. Jadi nasihat saya hanya satu, ketahuilah apa pekerjaan ibu bapa atau penjaga anda.
Panel temuduga juga tanya mengenai mengapa saya pilih bidang pengajian Bioteknologi di Universiti Malaya. Sini saya mula dengan menerangkan kisah hidup yang sadis apabila saya tidak mendapat tawaran untuk belajar perubatan di universiti awam. Walaupun menerima tawaran daripada universiti swasta, saya menolak sebab kekangan dari segi kewangan. Dari situ saya menerangkan bagaimana saya ended up ambil Bioteknologi dan bukan bidang perubatan. Bidang Bioteknologi dan perubatan adalah sangat berkait rapat, sekurang-kurangnya minat dalam bidang perubatan masih boleh dipupuk secara tidak langsung. Apa itu Bioteknologi? google okay?
Soalan seterusnya yang diajukan adalah bagaimana saya akan melihat diri sendiri dalam masa 10 tahun akan datang. Soalan ni seperti pernah dengar tapi kat mana? Kat sekolah rendah lah. Cikgu sekolah rendah selalu suruh pelajar buat esei "cita-cita saya" dan baca kat depan kelas. Alahai rindunya. Walaupun minat saya dalam bidang perubatan, namun saya cuba sedaya upaya untuk mengaitkannya dengan bidang bioteknologi. Apa yang saya dapat lihat dengan diri sendiri dalam masa 10 tahun akan datang? Hanya Tuhan yang tahu. Tapi korang tak boleh lah jawab macam tu. Memang kena ditendang keluar nanti!
Saya jawab begini " What would I see myself in 10 years time is that I will be a full-time researcher/scientist in the field related to medicine(medicinal biotechnology), inventing new drugs corresponding to the latest diseases based on my knowledge in Biology and Technology and contribute to the public health."
Again, preparation tu penting. Know what you are doing and what you want to do!
Okay, last part of the interview was for me to ask them questions. So, since Sime Darby ini adalah syarikat yang sangat besar yang meliputi pelbagai aspek sehingga aku pun tak tahu nak tanya apa. Kebetulan before ini, assignment yang diberikan oleh Dr Jasimah bertajuk "Sustainable Development in Malaysia" berkait rapat dengan pembangunan Malaysia dan ia juga berkaitan dengan syarikat-syarikat seperti Sime Darby yang turut menyumbang kepada pembangunan negara.
Pertanyaan saya begini, "Since I am taking Science and technology as my elective in the university, the recent research that we are required to submit was about sustainable development in Malaysia and what are the problems in achieving it. I am sure that everyone knows about the condition of the nature due to the rapid development, how it continuously deteriorates our nature adds to my concern. I would like to know what kind of approach that Sime Darby would work on to ensure the sustainable development can be achieved."
Nampak sofistikated, namun itu semua adalah hasil pemerahan otak selama satu malam sebelum interview! Setelah mereka menjawab pertanyaan tersebut, kebiasaannya mereka akan tanya sama ada korang masih mempunyai soalan untuk diajukan. Kalau tidak ada, anda dibenarkan untuk keluar dari bilik tersebut. Since saya hanya sediakan satu soalan sahaja, saya dibenarkan untuk keluar. Sebelum keluar, minta diri dahulu dan akhiri dengan "Have a nice day" (jangan lupa senyum!)
Sesi temuduga tersebut berlangsung selama 30 minit. Agak lama tetapi rasa sangat sekejap sebab panel temuduga sangat friendly. Sekian sahaja entri pada kali ini, harap entri ini membawa manfaat kepada sesiapa yang nak hadiri temuduga biasiswa tu. Silakan share dan komen jika anda mempunyai pertanyaan.
Doakan aku supaya dapat biasiswa ni! Aku akan update lagi jika permohonan biasiswa yayasan Sime Darby ini berjaya.
Terima kasih kerana membaca!
UPDATE: TAWARAN BURSARI SIME DARBY 2016 (Baca di sini)
THANKS FOR THE TIPS ABG! ure really helpful and may God repay for your kindness :)
ReplyDeleteThank you adik Einur ! :D
Deletenice entry ...
ReplyDeleteThanks share info & pengalaman ni .
thumbs up !
Terima kasih ! :)
DeleteDik bagus cari biasiswa. Macam kak rehan dulu sombong taknak apply biasiswa, sekarang semput nak bayar PTPTN. Haha. Btw kak rehan follow #4 :D
ReplyDeleteHaha, kalau tidak ikhtiar sendiri, susah la nak hidup sebab sy tak nak apply ptptn kalau boleh. Hehe Thanks follow kak. :)
Deletebetul dik. selagi boleh free, grab je. lepas tu belajar je rajin-rajin. seronok tau campus life ni walaupun tiap-tiap malam makan megi hihih
DeleteBaru je habis makan Maggie ni, tak kisah dah walaupun Rabu ni mula finals. Hehe.
DeleteDlm checklist form, dia suruh bawa PDPA Form. Apa tu ya?
ReplyDeleteDlm checklist form, dia suruh bawa PDPA Form. Apa tu ya?
ReplyDeletePDPA form tu adalah surat yang mengesahkan bahawa penerima biasiswa memberikan kebenaran bagi pihak Sime Darby untk menguruskan segala dokumen peribadi.
DeleteHuhu. You are so lucky bro. Congrats. Saya ada pengalaman sedih dengan YSD. Huhu. Saya failed utk reasoning dan verbal test. Saya mohon YSD utk ke oversea lepas SPM dulu. ;(
ReplyDeleteHello Innah, dont be sad! I am sure awak akan ada peluang yang lebih cerah lagi pada masa hadapan. Allah akan tentukan yang terbaik untuk umatNya :)
DeleteHi maaf, boleh saya tahu satu sem penerima biasiswa ysd ni dpt berapa ?
ReplyDeleteUntuk penerima bursari YSD adalah RM4200 setiap sem. Elaun buku adalah RM600 setahun. So, per year adalah rm8800. YSD ada juga bagi elaun laptop sebanyak rm3k tetapi hanya sekali dalam tempoh panajaan.
DeleteUpdate FEB 2017:
DeleteElaun bulanan:
Rm850 x 6 bulan = RM5100
Elaun buku satu semester:
RM400.
Jumlah diterima satu semester:
RM5500.
Jumlah diterima setiap tahun:
RM11000
Untuk scholars yang sudah satu tahun dalam tajaan sime darby, sime darby akan bagi Rm3000 (one time only) untuk scholars yang dapat kekalkan cgpa 3.00 ke atas.
Ohh...Kalau untuk penerima excellence tu berapa pula ? Ke ysd yg akan tentukan kita layak amik scholar yg mana
ReplyDeleteDepends dengan kategori yang mana awak apply. Untuk excellence adalah tajaan penuh, tiada jumlah maksimum dinyatakan.
Deleteperlu ke attach borang hantar ke simedarby?
ReplyDeletepermohonan adalah melalui web sime darby. Tiada borang manual digunakan sepanjang permohonan. just bila waktu nak pergi interview, compile semua dokumen yang diminta oleh simedarby dan bagi kepada panel interwievers
Deleteinterviewers
DeleteHai Aaronn! Saya juga scholar utk sime darby pada tahun ni. Saya nak tanya, boleh ke utk kita (scholar) terima zakat? 😊
ReplyDeleteHi Liana, tahniah sebab berjaya dipilih utk menjadi scholar sime darby.
DeleteSetahu saya daripada briefing tempoh hari, jika sudah menjadi scholar sime darby, scholar tidak dibenarkan utk mengambil mana2 bentuk pinjaman/bursari/biasiswa daripada pihak lain. Jika diketahui oleh pihak sime darby, mungkin biasiswa akan ditarik balik.
Namun, saya kurang pasti akan hal yang berkaitan dengan zakat, if ianya satu bentuk pertolongan, mungkin tidak dibenarkan. Briefing hari tu ada sentuh pasal jika jumlah yang sime darbu bagi tak cukup, only then scholars dibenarkan utk mengambil pinjaman yang lain, mostly scholars yang tak cukup duit bursari ni biasanya dari universiti swasta.
Tapi Liana boleh berhubung terus dengan puan zalikha ataupun mana-mana pihak yang menguruskan bursari sime darby ye.
DeleteUpdate FEB 2017:
ReplyDeleteElaun bulanan:
Rm850 x 6 bulan = RM5100
Elaun buku satu semester:
RM400.
Jumlah elaun bulanan +buku diterima satu semester:
RM5500.
Jumlah elaun bulanan + buku diterima setiap tahun:
RM11000 (tidak termasuk yuran)
Yuran pengajian dibayar secara automatik oleh Sime Darby. Jika scholars adalah penuntut IPTS, yuran pengajian adalah mahal namun jumlah yang disediakan/dilimitkan untuk scholars hanyalah Rm25k setahun. Tiada penambahan akan dilakukan jika melebihi jumlah diperuntukan. Scholars juga tidak dibenarkan untuk meminta baki daripada peruntukan tersebut(jika ada balance dari RM25k tersebut) sebab itu hak Sime Darby.
Untuk scholars yang sudah satu tahun dalam tajaan sime darby, sime darby akan bagi Rm3000 (one time only) untuk scholars yang dapat kekalkan cgpa 3.00 ke atas. Rm3000 ini adalah elaun laptop.
Hai aaronn. Saya ahad ni 25 mac 2018 ada panggila iv ysd bursary. Ada certain bloggers said kene buat essay masa iv nnti. Is it true? And some mathematical test.
ReplyDeletePlease reply ��
DeleteSama lah..saya esok jaga dkt sunway
DeleteWahh. Ada certain cakap kene tulis essay. Hahaha nervous niii
DeleteOh no, sorry sangat2 terlepas pandang, but harap awak buat yang terbaik tadi! Based on my experience, mmg tak ada kena tulis essay. Just IV mcam yang saya dah tulis ni je. All the best semua, semoga dapat bursari ni :)
DeleteIV saya ni untuk bursari, mungkin untuk kategori lain, cara interview dia lain pulak. Namun, setakat pengalaman saya, takda pula kena buat maths. haha
DeleteHai, for this bursary interview, will they ask us about current issues,maybe about economy status in malaysia??and do i hv to prepare my resume?if i may ask, can u give me some tips on how to make my self introduction more interesting? And is there any specific things that i hv to know? Thank you
ReplyDeleteIs it only applicable for year one degree student? Because i apply this bursary when i am in my second year and yet, they still call me for an interview. Should i go? Because i am afraid if they didnt notice it when i filled in my application form before
ReplyDeleteThey told if any of us in second year and they call for an interview it must be a special case. Just go and try. All the best
DeleteHi! I want to know, do you pass the interview? Is it ok for 2nd year student to apply?
DeleteI passed the interview and was awarded the scholarship. Yeap you can apply.
Deletehi aaron. Pihak YSD still bagi tak Rm3000 (one time only) untuk elaun laptop? thank you.
ReplyDeleteHi, as far as I know mereka akan bagi.
DeleteHi,blh saya thu application form dengan interview form yg dye mintak tu ap?
ReplyDeleteInterview form?
DeleteNak tanya.. Nanti kene byr balik kee
ReplyDeleteUntuk bursary YSD, tak perlu bayar and tak ada bond. Manakala untuk biasiswa, ada bond.
DeleteHI AARON, apa beza bursary dengan biasiswa? dua dua bukan scholarship ke?
Deletehi, just want to ask. The iv will be conducted in english or malay? Thank you in advance :)
ReplyDeleteEnglish. The interviewer may ask you in Bahasa, you can reply in English, that’s completely fine.
ReplyDeleteHello Aaron, could you still recall the questions asked during the interview?
ReplyDeleteHello there, yes but I have a memory of a goldfish. It might be a little bit different from the exact questions but here we go:
Delete1. Briefly introduce yourself.
2. Why did you choose the scholarship.
3. Why did you choose your course.
4. Where do you see yourself in few years time.
then you'll get the chance to ask them a question. Be prepared, that's the key. The interview may be different if you are applying for excellent scholarship. Mine was bursary.
Hello just nk tanya, ada tak yg dh kena notify ysd psl scholarship ni?
ReplyDeleteDah ada ke yg dpt result iv haritu?
Delete