Jika dilihat melalui perubahan masa, kebanyakkan consumers pada masa ini lebih gemar membeli-belah secara atas talian atau online shopping. Tidak dinafikan bahawa barangan seperti baju, seluar, kasut, gajet dan macam-macam lagi menjadi pilihan utama bagi semua orang. Ada sesetengah yang sanggup menghabiskan ratusan atau ribuan ringgit hanya untuk membeli barangan yang mereka kehendaki atas-talian. Namun, pernahkah mereka terfikir untuk mendapatkan rebat semula daripada jumlah wang yang telah mereka belanjakan itu? Adakah mustahil bagi pembeli untuk mendapatkan sebahagian daripada wang mereka kembali?
Ianya TIDAK MUSTAHIL!
Pastinya ramai diantara kita yang belum lagi mengenal laman sesawang yang dipanggil Shopback.com. Apa itu Shopback.com?
Secara amnya, Shopback.com merupakan sebuah applikasi online dimana pengguna atau pembeli barangan atas-talian dapat rebat sebahagian wang yang telah dibayar kepada merchants yang tertentu. Shopback.com diasaskan di Singapura dan admin berpeluang untuk mendengar sendiri daripada pihak Shopback.com membentangkan kegunaan applikasi ini semasa Konferensi USTART yang diadakan pada bulan Mei 2016 di Universiti Malaya dengan kerjasama National University of Singapore.
Terdapat banyak merchants terkenal seperti :
Lazada
Zalora
Booking.com
Agoda
Sephora
Tesco
Airasiago
Klik di sini untuk lihat lebih lagi..dan banyak lagi yang telah bekerjasama dengan Shopback.com untuk memberikan rebat kepada anda setelah selesai membeli atau menempah melalui merchants seperti yang dinyatakan tersebut.
Memandangkan admin selalu membeli online di Lazada dan Zalora, admin akan berkongsikan sedikit pengalaman sepanjang menggunkan Shopback.com ini.
Pada setiap pembelian mengikut kategori, anda akan dibayar kembali mengikut peratusan yang ditetapkan mengikut kategori (Fashion, elektronik, makanan dan sebagainya). Seperti contoh, jika anda membeli baju (atau apa-apa yang berkaitan dengan Fashion) di Lazada melalui Shopback.com, anda akan mendapat kembali 12% bayaran yang telah anda bayar kepada Lazada.
Bayaran tersebut akan diakaunkan kedalam akaun yang telah anda daftarkan di Shopback.com dalam masa 2 bulan. Memang agak lama, tetapi jika anda merupakan seorang pembeli online yang aktif ianya adalah berbaloi. Kadar minimum untuk pengeluaran (cashout) adalah RM10. Selain itu, Shopback.com juga akan memberikan anda bonus.
Gambar di atas menunjukkan pendapatan saya sepanjang menggunakan Shopback.com sejak June lepas. Sejumlah RM17.19 telahpun dikreditkan kedalam akaun saya manakala RM6.00 masih didalam proses (selama dua bulan).
Cara menggunakan Shopback.com ini sangat mudah, anda hanyalah perlu melayari Shopback.com daripada komputer atau handphone anda, daftar (hanya daftar sekali untuk sepanjang penggunaan) dan ahkirnya anda click pada Merchants( Lazada, Zalora etc) yang anda gunakan. Anda akan dibawa ke laman merchant tersebut.
Pendaftaran bagi Shopback.com adalah PERCUMA!
Setelah pembelian selesai, anda akan menerima satu email yang menunjukkan transaksi di Merchants pilihan dan jumlah wang akan akan direbatkan semula (mengikut peratus yang ditunjukkan) ke dalam akaun anda.
Adalah penting untuk anda memberikan maklumat akaun bank yang aktif kepada Shopback.com kerana pihak mereka tidak akan bertanggungjawab jika tersalah masuk ke akaun orang lain.
Shopback.com sememangnya merupakan platform yang terbaik bagi pengguna yang bijak. Bukan sahaja anda dapat membeli barangan yang anda inginkan secara atas-talian namun anda mendapat sebahagian wang yang telah anda belanjakan kembali!
Belanjalah secara bijak!
Sila share dan sebarkan kepada rakan-rakan dan keluarga mengenai Shopback.com!
Post a Comment