Ohaaa! Apa khabar pembaca?
Sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca blog kerana sudi singgah di blog yang tidak seberapa ini. Satu daripada entri karangan SPM yang ditulis oleh saya sendiri semasa berada di bangku sekolah lagi telah mencecah 35ribu bacaan. Diharapkan pada masa hadapan, saya akan menulis karangan lagi ye. Semoga dengan karangan tersebut dapat membantu anda semua dalam peperiksaan!
Okay, back to the real story. Saya berkesempatan untuk mengikuti acara tahunan yang dipanggil Lan Berambeh!
Apa itu Lan Berambeh? Basically program ini adalah untuk mengumpulkan semua anak kelahiran Sarawak yang sedang berada atau belajar di Semenanjung Malaysia. Di program inilah anda akan dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang lama terpisah, dan kawan-kawan sekolah dulu.
After almost 2 years tak jumpa, akhirnya terlunas juga rindu. These are my matriculation friends. Ada je yang tak sempat datang sebab ada exam huhu
Program tersebut telah diadakan bermula dari pagi 15 Oktober 2016 sehingga pada sebelah malam. Sebelah pagi merupakan sesi ceramah career, soaljawab bersama dengan Ketua Menteri Sarawak, CM Adenan Sateem dan banyak lagi. Namun, saya tidak berkesempatan untuk mengikuti acara yang diadakan pada pagi tersebut. Pada malam pula, acara makan malam diadakan. Sebanyak 13ribu anak Sarawak telah membanjiri Dewan Tun Razak 1, PWTC.
Program pada malam tersebut juga telah dihadiri oleh Ketua Menteri Sarawak Adenan Sateem, TYT Negeri Sarawak, Pehin Sri Taib Mahmood, Miss World Malaysia 2014 Dewi Seriestha, Malaysian Diver Pandelela Rinong, Bob Yusoff dan banyak lagi.
Photo: Pandelela Rinong semasa di Lan Berambeh 2016.
courtesy of anaksarawak63
Photo: Dewi Seriestha dan Pandelela Rinong.
courtesy of Dewi Seriestha.
Malam tersebut merupakan kali pertama saya mengikuti program Lan Berambeh and it was totally worth it seeing these sweet faces again! Namun, ada beberapa yang tidak sempat ikut, but it is okay huhu.
The ever-charming, Alvin Duke.
Loved ones, Azidin (Left), Amir (Middle)
The inseparable, Mimi (Middle), Douglas (right)
the craziest one, Nigel Pengiran.
ex schoolmate, Eldrina, studying in USM.
Lovely one, Michelle Slan
Geng-geng UM.
ah, another gorgeous lady that I knew when I visited Labuan Matriculation College, Jes :)
Been friends since matrik, sama-sama masuk Universiti Malaya. Hasbullah Rahman
Terima kasih kepada pihak penganjur kerana berjaya menjalankan program ini dengan jayanya. Kudos kepada semua team yang bertungkus-lumus menyediakan makanan yang sedap buat kami hehe.
Okay, sampai di sini sahaja entri pada kali ini. Tujuan sebenarnya hanyalah berkongsi sedikit gambar bersama rakan-rakan yang tersayang. Semoga berjumpa lagi di masa hadapan guys! Goodluck in studies.
Post a Comment