Oleh: Aaronn Avit Ajeng, Januari 2022
Tanah Rata, Pahang - Pada minggu pertama tahun 2022, sekumpulan penyelidik, pelajar doktor falsafah, sarjana dan sarjana muda dari Universiti Malaya (UM) menyantuni pekebun-pekebun organik yang bertempat di Merryganic Farm, Tanah Rata, Cameron Highlands dengan mengadakan sesi lawatan ilmiah dan pemindahan ilmu bersama komuniti tersebut. Program tersebut juga dihadiri pegawai Pertanian Daerah, Jabatan Pertanian Malaysia, En Hatta.
Lawatan itu dimulakan dengan sesi perkongsian daripada Aaronn Avit Ajeng yang merupakan pelajar Doktor Falsafah (Ph.D) di Institut Sains Biologi (ISB) UM mengenai penggunaan 'biochar-bakteria' sebagai bahan organik yang dapat meningkatkan pertumbuhan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sesuai dengan misi dan visi Merryganic Farm sebagai kebun organic yang diiktiraf oleh MyOrganic (MyOrg), perkongsian yang disampai oleh pelajar tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan.
Gambar: Pelajar Doktor Falsafah daripada UM, Aaronn Avit Ajeng berkongsi tentang kebaikan inovasi 'biochar-bakteria' dalam meningkatkan hasil tumbuhan.
Ujarnya dalam perkongsian tersebut, penggunaan biochar-bakteria telah terbukti dapat meningkatkan hasil tanaman, melalui kajian yang gian diterbitkan di mana baja-bio ini mendapat perhatian yang hangat daripada penyelidik-penyelidik, di dalam dan luar negara ekoran ekosistem biochar yang mampu menampung bakteria yang efektif, sekaligus memberi ruang yang banyak untuk bakteria ini untuk membiak. Hasil kajian pelajar tersebut juga telah diterbitkan dalam journal berimpak tinggi seperti Physica Scripta dan Journal of Environmental Chemical Engineering di mana beliau menyelidik secara fizikokimia, mekanisma pelekatan bakteria efektif ini di atas biochar.
Gambar: Penyelidik-penyelidik Universiti Malaya, Dr. Juan Joon Ching (kiri), Dr. Rosazlin (keempat dari kiri) dan pelajar Doktor Falsafah, Aaronn, Prof. Dr. Ling Tau Chuan (Kanan) bersama pemilik kebun Merryganic Farm (kedua dari kiri), dan pegawai Pertanian Daerah, Jabatan Pertanian Malaysia, En Hatta.(ketiga dari kiri).
Post a Comment